Kenapa perempuan mintak putus?

on 28 March 2011


















Kalau perangai awak terus macam ni, kita clash - Heh mahu gugur jantung kalau dengar awek cakap macam tu. Ni kira ok lagi sebab awal-awal dia kasi warning. Kalau tak warning? Hm.. Aku perasan kadang-kadang ada lelaki ni tak perasan perangai diaorang yang buat perempuan ni turn off sama dia. Sekaligus perasaan perempuan pada lelaki tu makin pudar.

Perangai yang dimaksudkan :

1. Acuh tak acuh. Contohnya awek mintak pendapat korang tentang sesuatu, korang buat derk je
2. Jarang reply msg, jarang jawap call
3. Korang berubah. Contohnya dulu korang caring. Tapi sekarang tak
4. Korang tak hiraukan dia sebab asyik sibuk dengan aktiviti harian
5. Tengah dating mesej perempuan lain

Lu orang (lelaki) perasan tak mana-mana perempuan bila ditanya pasal ciri-ciri elaki yang dia nak, dalam banyak-banyak jawapan yang keluar mesti ada jawapan ni : I nak lelaki yang sayang i sepenuh hati. Mesti perasan punya. Kalau kita tengok balik, sayang ni boleh dipecahkan kepada beberapa kategori. Salah 1 nya perhatian. Perempuan memang sukakan perhatian, lagi-lagi dari balak dia sendiri.

Sekarang lu orang tengok balik point-point yang aku list kat atas tu. No.1, 2, 3, 4. Kalau kita simpulkan, point-point tu memang fit dalam kategori perhatian. Aku perasan bab ni memang sesetengah lelaki susah nak jaga. Cuba serius sikit.. Tunjukkan yang korang serius dengan relationship tu. Kalau betul bz sangat pun, cuba curik sejam dua ke. Dulu nak dapatkan dia punyala susah. Dah dapat, korang acuh tak acuh pulak. Baik pass kat aku je awek korang. Heh heh..  Senang cerita, perhatian dari korang akan buat diaorang rasa betul-betul dihargai. Jadi peratus dia nak tinggalkan korang tersangatla rendah.

Perangai no.5, silalah ubah kalau betul anda sayangkan girlfriend anda. Bab ni tak perlu rasanya aku nak bebel panjang. Sendiri boleh fikir.

Hm ada lagi point yang korang rasa boleh ditambah? Pendapat lelaki? Ada?
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

hai..untungla sape yg jd awek awak kan..x cam sy huhuhu


21 February, 2012

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...