Dari pagi tadi aku dok fikir nak buat apa hari ahad ni selain dari update blog.. Dapat beberapa idea tapi ada masalah pulekkk.
Membongkang (tido)? - Rasa macam membazir masa la
Lepak dengan member? - Member aku dah tak duk tampin lagi dah ='(
Lepak mapley? - Aku kalau lepak mapley mesti nak layan astro sekali.. Baru best. Tapi kan tokey tu asyik bukak hindustan jew. Kau masuk je mapley tu, citer hindustan - (sila ulang 2 kali ayat yang diboldkan untuk penghayatan yang maksima) Boringlah! Aku siap dah hafal dah semua citer hindustan tu siap dengan lagu-lagu dia sekali! Lagi 1 kalau awek ramai kat mapley tu, bolehla cuci mata. Tapi kalau takde camne??
Main gitar? - Takde crowd boringlah
Tengok tibi? - Huh.. Rumah aku ni.. Channel yang ada tibi 1,2, 3. Tak bernafsu aku nak tengok..
Warghhh.. Habis nak buat apa nih?? Korang yang ku sayang, silala cadangkan apa aktiviti yang seronok dibuat hari minggu ni! Arghh...
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan