Perubahan pada lelaki antara faktor perempuan mintak putus?

on 10 April 2011

Perempuan aku tengok dia tangkap cintan sama laki tu bila ada x-faktor kat laki tu yang buat dia cair. X-faktor apa ek? Duit? Harta? Bukann.. Bukan menatang tu! Tapi dari segi keistimewaan lelaki tu.. Contohnya, korang ada sense of humor.

Tapi bila hari makin berlalu, korang makin dah tak sense of humor lagi dah. Mungkin atas faktor-faktor tertentu, perangai korang berubah. Korang dah jarang buat lawak.. Cik perempuan pun mesti akan rasa pelik - "Mana balak aku yang dulu?"

Kalau cik perempuan tu jenis berterus terang, mesti dia akan tanya atau sekadar imbas balik kat kau -  "Bila i baca msj lama u, i tergelak sorang-sorang.. Masa tu u selalu hiburkan hati i.. I rindu sangat2 masa awal-awal kita kapel dulu.."

Hah itu hint tu! Kalau dia cakap macam tu maknanya dia nak korang berubah balik. Tapi kalau korang tak bertindak jugak lepas tu, cik perempuan mesti akan rasa keliru.. Paling teruk kalau cik perempuan bosan/fedup. Then ada kemungkinan mata cik perempuan akan mula pandang laki lain. Haa itu jam masak!

Ok apa yang aku nak tekankan kat sini, perubahan tu nak taknak memang kita kena hadapi jugak. Tapi janganla korang (lelaki) berubah habis. Jangan lupa atas faktor apa awek korang boleh tangkap jiwang dengan korang! Cuba kekalkan faktor tu. Insyaallah akan hubungan korang dengan cik perempuan berkekalan sampaila korang planning nak berumah tangga nanti..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...