Hargai mereka sebelum terlambat

on 11 April 2011

Salam... Selamat pagi semua!

Ini pagi mood aku agak terkucaran kaciran sikit. Ku pun tak pasti kenapa. Sungguh tak selesa rasa macam ni. Nak kata aku senggugut sebab period, sangat tidak rasional. Aku takde ovum..

Tapi rasanya mungkin pasal 2 hari lepas. 2 hari lepas adik aku yang study kat poli balik rumah. Cuti sekejap. Tapi masa dia cuti tu, aku tak layan dia sangat.. Sibuk dengan komitmen je. Sekarang dia dah balik poli balik. Bila dia dah blah tetiba aku rasa bersalah pulak sebab tak layan dia. Ishh..

*Bila dia ada kita abaikan. Bila dia takde kita tercari-cari. Dah jadi kebiasaan kita tak hargai mereka ketika mereka ada sehinggalah kita kehilangan mereka. Contohnya sibuk dengan kerja sampai tak kontek langsung parents kat kampung. Sila ubah perangai bucuk ni kalau korang ada sebelum terlambat. Ingatan untuk aku jugak.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...