5k lesap kerana e-mel

on 11 April 2011

KLANG - Gara-gara percaya e-mel yang mengatakan akaunnya di sebuah bank bakal dibekukan, seorang wanita berputih mata apabila wang simpanan RM5,000 dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuannya.

Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 29, berkata dia menyedari wang dipindahkan ke akaun lain apabila menerima SMS pengesahan daripada pihak bank.

Ayu berkata, sebelum kejadian dia menerima e-mel daripada pihak yang mengaku wakil bank berkenaan dan memintanya mengemas kini maklumat peribadi supaya akaun simpanannya tidak dibekukan - Metro

Wah macam-macam cara depa yang kemaruk duit ni guna. Pelik betul aku. Tak boleh ke cari duit cara halal?? So hati-hati semua. Kalau dapat emel suspicios pasal akaun anda dan kalau emel tu mengatakan dia dari pihak bank, jangan reply apa-apa. Buat pengesahan dengan pihak bank dulu okeh??
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...