Jenis-jenis entri blog malaysia

on 19 April 2011

Saramayhew.com
























Aku taklah lama dalam berblogging ni. Tapi dalam tempoh tu, cukup untuk aku tengok entri-entri yang wujud dalam blog-blog kat malaysia ni. Jom usha!

Jenis-jenis entri :

1. Entri personal
2. Entri lawak
3. Entri motivasi/teguran/pendapat
4. Entri politik
5. Entri berhaluan kiri
6. Entri cerita

Point no.1: Entri  personal - Penulis berkongsi apa yang dilalui dalam hidup dia dengan pembaca. Entri ni ada 2 tujuan. Sama cerita personal kosong (journal) atau ada mesej/info dalam tu. Ada yang kata entri personal ni entri sampah. Terpulanglah kan.. Bagi aku, istilah entri sampah ni tak wujud. Tapi aku akui, nak hasilkan entri personal yang best untuk dibaca bukan kerja senang.

Point 2: Entri lawak - Aku rasa dalam banyak-banyak jenis entri, entri ni paling laku. Tak kiralah lawak tu clean punya, atau double meaning atau terang-terangan lucah. Bergantung pada kreativiti blogger yang karang entri bentuk lawak ni.

Point 3: Entri motivasi/teguran/pendapat - Entri macam ni ada pengikut tetap dia. Kalau blogger tu konsisten keluarkan entri bentuk macam ni dengan isi yang cantik dan senang nak faham. Tapi ada jugak yang guna cara penyampaian yang kasar. Ada yang sampai mencarut/mencaci pulak.


Point 4: Entri politik - No komen. Aku pernah jugak baca entri macam ni tapi aku tak faham langsung. Tak minat lah senang cerita. Tapi entri macam ni ada pengikut dia jugak.

Point 5: Entri berhaluan kiri - Ni pun kompleks untuk kita faham. Biasanya blogger yang menulis entri macam ni ada ideologi dan kepercayaan dia sendiri. Kalau korang berfikiran tipikal memang susah nak layan entri macam ni. Sebab pemikiran diaorang boleh dikatakan 100% lari dari norma pemikiran biasa korang pegang.

Point 6: Entri cerita - Blogger yang menulis entri macam ni bagi aku genius. Kemahiran diaorang mengarang entri memang tak boleh dipertikaikan. Penulisan plus idea yang kreatif gila. Entri macam ni kalau tak lawak, mesti menarik dan berjaya buat kita tak sabar nak baca update seterusnya.


Bab entri ni kalau kita asyik cerita benda yang sama je memang bosan.. Jadi, pelbagaikan cerita. Korang boleh jadikan point-point tu (kecuali point no.1) sebagai guide untuk pelbagaikan entri blog kalau blog korang blog personal atau blog yang bebas konsep dia.

Apa-apa pun, kenal pasti kemampuan menulis dulu. Kalau nak jugak menulis entri luar kemahiran, aku nasihatkan jangan menaip dalam skala yang besar. Memang takkan jadi punya. Buat simple-simple je dulu.

Lagi 1, kalau boleh elakkan la mencarut/mencaci dalam entri.. Lagi-lagi point no.3 tu. Aku tengok ramai buat macam tu. Penyampaian kasar kira ok lagi tapi kalau masuk part mencarut/mencaci tu.. Dahla kita taip berdosa, orang yang baca pun dapat dosa. Lagi teruk, dosa kita lagi besar sebab kita duk menyebarkan tulisan tu. Peringatan untuk aku jugak.

Hm jenis entri apa lagi eh yang tak disenaraikan?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...