Spesikfikasi laptop apa yang sesuai untuk handle kerja grafik ah??

on 19 April 2011

Soundtrack tika entri ni ditaip - My all (Mariah carey)

Ini bukan entri sedih tapi entri geram.

Geram apa? Geram dengan laptop aku ni ha.. Cerita dia bermula cenggini. Pada suatu pagi yang tenang dan cahaya matahari mula memancar..  Aku bertekad nak kasi settle laporan praktikal yang mana 90% siap dah. Tinggal bahagian lampiran je, tempat untuk aku tepek gambar semua kerja yang aku buat selama ni.

Tapi ada kerja yang aku tak save lagi dalam format JPEG. So aku on photoshop. On photoshop ok je, takde masalah tapi bila aku bukak file kerja aku yang berat-berat, laptop ni mula hang. Hang teruk! Sampai nak gerakkan mouse pun tak boleh! Kanina..

Ini macam tak boleh jadi. Kerja dah delayed nih. Ikutkan hati nak je aku karate terbelah dua laptop ni tapi nanti tak dapat nak berblogging pulak.. Grr..

Jadi aku nak tanya ni, siapa-siapa tahu spesfikasi laptop yang sesuai untuk handle kerja-kerja grafik ni? Tapi tolong jangan cadangkan aku produk dari Apple. Bukan benci Apple tapi tak mampu. Hm siapa tahu spec yang sesuai?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...