Rais yatim saman penulis blog

on 19 April 2011

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengemukakan saman terhadap penulis blog, Abdul Mutalib Mohamed Daud yang didakwa menyiarkan empat artikel memfitnahnya, Januari lalu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rais berkata Abdul Mutalib selaku defendan menerbitkan empat artikel berkenaan dalam blog di laman web ‘Sabahkini-Reveal The Truth Prevail The Faith’ yang disertai gambarnya pada 1, 3, 5 dan 7 Januari lalu.

Rais mendakwa keempat-empat artikel itu yang berunsur fitnah.

Katanya, perkataan dan petikan dalam artikel yang tidak senonoh itu membuatkan fikiran pembaca diracuni dengan gambaran yang tidak betul dan tidak masuk akal serta jahat mengenai peri lakunya kerana diterima benar tanpa disiasat terlebih dulu.

Rais menuntut ganti rugi am, khas dan teladan serta injunksi untuk menghalang Abdul Mutalib daripada terus menyiarkan artikel berkenaan - Berita harian

Peringatan untuk kita semua. Jangan main gila dengan isu negara atau mereka yang terlibat dalam hal ehwal negara!
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...