Maksimumkan penggunaan ping dan share

on 29 April 2011

Untuk pengetahuan kau, trafik boleh terus-menerus masuk ke blog kau kalau kau tahu maksimumkan penggunaan ping dan share.

Jadi macam mana nak maksimumkan penggunaan ping dengan share ni??

1. Jangan ping kat semua ping site sekaligus

Selain gengblogger, kau tak ping kat ping site lain macam Innit, myebuzz, petaling street? Kalau tak, ping kat situ jugak. Cuma jangan ping entri kat semua site tu sekaligus.. Satu-satu dulu. Contohnya hari ni kat Gengblogger. Esok kat petaling street.

Dengan cara ni, trafik akan terus masuk ke blog kau walaupun entri tu entri lama. Takdelah entri tu 'mati' macam tu je.

2. Jangan share sekaligus

Bab share ni pun sama. Jangan terus share entri kat semua group. Kau jugak rugi sebab dah takde entri nak share nanti. So buat macam ni - Katakanlah ada 15 group blogger yang kau join. Untuk belah pagi, kau share entri kau kat 5 group dulu. Tengah hari kau share lagi kat 5 group. Belah malam, kau share lagi kat 5 group.

Apsal macam tu pulak?? - Sebab waktu pagi, petang, malam jumlah user yang online berbeza. Kalau kau cuma share belah pagi, tak ramai dapat baca entri tu. Kan? Lagi 1, kalau kau share sekaligus kat semua group, belah petang dengan malam kau nak share apa? Entri baru? Kalau takde masa nak buat? 



*Yang silap bila kita ping dan share entri sekaligus sampai tak ingat hari akan datang.. Jangan gelojoh, jangan tamak bab ping dan share ni. Ok?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...