Ombak rindu memang berombak

on 29 April 2011

Tadi aku tengok beberapa screenshot filem ombak rindu. Terkejut ada 1 screenshot ni yang adegan dia kat atas katil nak.... Alah yang orang dah kahwin buat tulah! (tuuuut! cencored) Yelah, syarat nak kasi 'hidup' lah kan cerita tu..

Dosa? Memang dosa pun tapi lantak pi diaorang. Kubur lain-lain.

Apa yang aku nak tekan kat sini, bagi mereka yang tonton filem tu nanti dan pengaruh dari adegan tu. Walaupun nampak biasa, ada kemungkinan besar adegan tu akan pengaruh dan mendorong mereka-mereka yang sering tewas dengan nafsu untuk buat lebih lagi. Faham-faham jelah maksud aku. Even kes-kes rogol, tangkap basah tu semua pun bermula dari bahan-bahan tontonan macam ni.

Patutnya tak payahlah buat adegan tu. Kalau nak bagi nampak hidup pun, idea lain ada apa.. Contohnya, dia masuk bilik lepas tu lampu padam then terus tukar scene lain. Cukuplah macam tu kan? 

Kalau tak kisah pasal dosa pun, fikirlah jugak impak pada audience yang menonton. Ini asal ada scene boleh kasi letup filem tu, jalannn.. Kesan negatif campak ke laut. Adoii.. Rosak!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...