Movie rare

on 28 April 2011

Baru lepas mencekik.. Sebelum mencekik tadi aku online. Sebelum online aku memanjakan diri. Sebelum memanjakan diri, aku kemas almari. Ok baru mula cerita.

Lepas kena sound dengan nenek, barulah aku merajinkan diri kemas almari yang dah berkurun tak berkemas. Kemas punya kemas macam-macam khazanah yang tak ternilai aku jumpa. Paling gempak, aku jumpa fosil - Bangkai cicak kering. Kanina.. Almari ke muzium nih??

Tapi weh, ni aku jumpa barang rare. Ni kegilaan kau mak ayah datuk nenek adik abang kakak kau masa awal tahun 2000 masihi. Kalau kau layan lah cerita ni.

























Keh keh.. Siapa ingat lagi cerita ni?? Dalam banyak-banyak cerita hindustan aku tengok, mohabbaten dengan kabi kuci kabi gam yang terbaik. Lepas tu aku dah tak layan dah hindustan ni.

Mana taknya, kebanyakkan jalan cerita hindustan tipikal je. Bercinta, gaduh2, nyanyi kat taman (ulang 2 kali untuk penghayatan maksima) Muzik pulak muncul dari celah mana tah. Tah pape. Kalau best pun pasal heroin dia pakai seksi-seksi.

Sekarang punya barulah nampak advanced sikit. Dah pandai main cgi, ala-ala matrix, dah ada macam-macam genre. Tapi aku tetap tak berminat. Hahak.

Kau minat hindustan? Ada simpan lagi 2 cerita kat atas tu? Kalau takde aku boleh tolak kat kau. Harga boleh runding tapi pasal menatang tu rare, aku jual mahal sikit la. Keh keh
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...