Tips elak masalah kat tempat kerja

on 28 April 2011

Masalah macam kerja tak siap, mood takde, masalah komunikasi memang kena elak. Kalau tak, prestasi kerja confirm merosot. Bila jadi macam tu, mulalah tensyen. Then rasa malas nak pi kerja timbul. Dari pengalaman aku la.

Bawah ni ada 3 cara elak masalah kat tempat kerja :

Fokus masa kerja

Fokus masa kerja. Bila fokus, kerja pun cepat siap. Boleh je berblog sambil bekerja, tapi cuba elakkan kerja dari terbengkalai.

Jangan join politik pejabat

Politik pejabat yang aku maksudkan ialah sesi mengumpat/bergosip. Kerja tak siap 1 hal. Kalau kantoi pulak - kau dapat musuh, kau dapat dosa. Orang pun benci tengok muka kau dan sakit telinga dengar suara kau. So jauh-jauhkanlah diri dari sesi mengumpat ni.

Ceria-ceriakan hari kau 

Jangan layan rasa malas nak pergi kerja tu! Rilek lah. Bukan kau tak balik rumah petang nanti kan? Lagi 1, dengar lagu-lagu yang membangkitkan mood kau waktu pagi. Dijamin kau akan ceria seharian tanpa batasan.


Ok try tips aku cadangkan. Confirm gaji kau up bos sayang kau lebih lepas ni.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...