Rupanya ramai perempuan eh?

on 25 April 2011













Baru je tadi aku check insight funpage blog aku. Rupanya yang banyak baca blog ni pompuan. Aku rasa mana-mana blog lelaki pun sama. Mesti ramai pompuan baca. Kau tak percaya? Kau checkla. Mesti kau rasa kau hensem dan maskulin walaupun realitinya tak bila tengok ramai pompuan baca blog kau.

Lepas je aku tengok carta organisasi tersebut, terdetik dalam kepala yang aku kemungkinan besar harus memperbanyakkan entri pasal perempuan. Tapi nak post pasal apa eh?

Ni antara entri yang aku terpikir :

Pasal makeup
Kau boleh bayangkan tak lelaki buat tuto pasal makeup? Kikiki style bebeh.. Tapi suara garau aku ni kena tukar ar. Kalau suara biasa, confirm takde orang nak tengok vid tuto aku.

Shawl 
Ni pun lebih kurang ar dengan vid tuto makeup tu.. Tapi aku buat tuto pakai shawl. Nak bagi nampak keperempuan-nan, aku kasi cukur licin misai dengan janggut, lightning terang gila kasi suluh muka aku, pastu aku buat ar aksi gedik sikit.

Tempat-tempat spa yang best 
Kat spa kena berkemban? Kalau aku berkemban amacam?  Ada yang nak tengok?

Masak-masak
Kepandaian aku dalam arena permasakan ni, hm.. Tahu masak air, telur mata kerbau, maggi 2 minit dengan nasik goreng tu pun dengan bantuan perencah brand maggi rm1 sepeket yang kau boleh beli kat pasar raya berdekatan. Ok tak?

Lagi.. Tahla tak tahulah aku!! Ahaks!! So aku nak tanya ni, kenapa pompuan banyak baca blog lelaki? Apa yang korang cari dalam blog lelaki? Kau orang (pompuan) suka baca pasal apa eh?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...