Segmen Ben Ashaari : Blog ni aku rasa patut popular la

on 03 April 2011

Klik header kalau nak join


5 blog yang anda rasa patut popular dan kenapa anda rasa blog tu patut popular

Wan nur fazrini - Blog terawal yang menerima lamaran pelawaan tukar link dari aku. Aku suka penyampaian blog ni. Outspoken! Ok secara jujur bagi aku blog ni boleh berdiri sebaris dengan blog perempuan yang ngetop luar sana tu.

Shadawentz - Ni lagi 1. Blog ni guna lukisan untuk menyampaikan mesej yang bermain kat tuan empunya blog. Tak perlu lukisan pro tapi dah cukup untuk buat pembaca terhibur. Blog yang unik!

Belog budak mengada - Blog ni pun sama. Bila baca je terasa yang empunya blog ni seorang yang humble.. Nice!

Afiq Bukhari - Blog personal yang best! Kebanyakkan entri pasal life dia jer tapi bukan bermaksud takde isi. Bagi aku blog ni ada identiti sendiri dah!

Ujang - Si gila kuat kentut! Aku suka blog ni sebab entri dia yang kelakar!

Pada pendapat anda, apa yang patut dilakukan untuk popularkan blog?

Hm dulu aku ingat cuma entri je main peranan.. Yelah masa mula-mula berblog dulu, aku tengok blog yang best kat luar sana tu takda la pulak habaq pasal promosi. Lagipun yang aku perasan masa tu cuma entri diaorang yang memang best! Tapi bila pikir-pikir balik, entri best kalau orang tak tahu pun tak guna. So promosi + entri. Aku pun masih pikir lagi macam mana nak promosi blog ni..

Pentingkah populariti sesebuah blog dan kenapa?

Bagi aku penting. Kalau taknak rasa berblog macam syok sendiri. Macam kita bercerita dengan member, tapi member pandang tempat lain. Bila tanya balik dia kata tak dengar, suruh ulang balik apa kita cakap. So kalau nak pendapat, cerita kita dibaca oleh ramai orang, blog kena dikenali lah.. Ni bukan pasal nak glamer ke hape ke. Lain ok?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...