5 perkara yang pembaca tak suka dalam blog

on 10 Mei 2011

amieyalen
Memandangkan sekarang banyak blog baru muncul, rasanya agak molek aku keluarkan entri ni. Ahaks.. Actually ni entri lama tapi aku repost balik supaya blogger baru tahu apa yang pembaca tak suka dalam blog.

Apa yang pembaca tak suka dalam blog :

1. Lagu

Ni memang 1 gangguan. Lagu sebenarnya menggangu konsentrasi mereka yang membaca entri. Lagi 1 yang tak boleh blah, player lagu tu takde button pause/stop. Kalau ada yang letak lagu metal/screamo mahu tak terkejut beruk pembaca tu?

Nak letak lagu boleh je sebenarnya. Tu hak kau. Tapi pakailah widget player lagu yang ada button pause/stop. Tapi lagi afdal kalau buang je widget lagu tu. Huhuh

2. Widget berleluasa

Dah tekan link blog, sekali loading lembap gila. Kenapa lembap? Salah 1 sebab dia widget terlalu banyak. Rata-rata pembaca sanggup tunggu dalam 5 saat je loading blog tu habis sebelum diaorang pangkah browser tab.. Bila jadi macam tu kau dah rugi trafik tahu.

Tak kiralah widget lagu, welcome to my blog, salji turun atau daun kering jatuh memang melembapkan loading blog. Lagi 1 widget yang ada popup tolonglah jangan pakai.. Serius annoying wei..

3. Template buruk

Kalau aku, aku tak kisah pun macam mana rupa template sebab aku cuma nak baca entri. Tapi memang tak dinafikan template cantik/simple dan kemas memainkan peranan penting untuk menarik perhatian pembaca. Tak percaya tanyalah blogger-blogger lain. So ikut suara majoriti, jangan ikutkan hati. Bab rupa template ni buat rujukan kat blog-blog yang famous.

4. Kombinasi warna tak sesuai

Maksud aku sini, kombinasi warna text dengan background. Kombinasi warna yang tak sesuai antara background dengan text akan menyakitkan mata pembaca. Sekaligus buat diaorang sebut - What the fcuk??

Elakkan kombinasi warna yang menyengat mata. Kalau tak dapat kombinasi yang sesuai, adjust je warna background putih dan warna font hitam. Sebab kombinasi warna putih dengan hitam memang menyenangkan pembacaan.

5. Saiz font tak sekata dan warna warni

Kalau besar pun sebab tajuk. Takde sebab lain font dibesar kecikkan. Pembaca pening nak baca weh.. Lagi 1 font warna warni. Amboi amboi.. Ni bukan note untuk hafal masa exam! Kalau alasan nak bagi blog tu nampak ceria cari kombinasi warna yang sesuai untuk template, bukan pada font. Ok? Grr marah ni =P

Jadi gunalah saiz font yang sekata untuk setiap ayat.. Warna font pulak, kalau kau pilih hitam hitam jelah semua. Kalau putih putih jelah semua. Jangan buat mata pembaca berpinau.

                                                            +++++++++++++++++

Blog ni boleh dianggap macam rumah. Nak ke tetamu masuk lepak kalau rumah bersepah, tak berkemas?


Bacaan lain : Apsal blog kau berat, lambat loading?
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...