Apsal kau rasa boring bila berblogging part 2

on 04 May 2011

Sambungan dari entri ni. Ada lagi 1 sebab kenapa kau boring bila berblogging. Cuba tengok balik semua entri kau. Dah? Kau cerita pasal apa? Ar? Cerita personal je??

Bila cerita benda yang sama je serius memang bosan. Kau akan rasa takde apa yang menarik dah untuk kau taip. Mungkin jugak kau akan rasa kau masih lagi kat takuk lama, tak bergerak langsung.

Jadi apa kau kena buat, pelbagaikan cerita atau kata lain pelbagaikan entri. Banyak benda apa yang boleh kau taip.. Banyak weh. Serius memang banyak.. Motivasi, pasal agama, pasal blog, ush banyak lagi la! Kena bukak mata luas-luas, kena peka, kepala kasi berfikir sikit. Kena pandai jugak dapatkan isu yang susah orang nak 'nampak'. 

Penting sangat ke kepelbagaian entri ni? - Penting! Macam aku cakap tadi, supaya kau tak bosan duk cerita benda yang sama. Lagi 1 supaya pembaca pun tak bosan baca entri blog kau. Untuk elak dari kering idea pun iya jugak.

Jadi tunggu apa lagi? Bertindakla!


*Sesuai diguna oleh semua jenis blogger!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...