Huh patutlah ramai tak suka celcom..

on 04 May 2011

Tengah sedap-sedap aku layan blues dengan tak berbaju depan rumah sambil melayan angin sepoi kepoi ketuhak, tetiba aku didatangi pak posmensi.

"Dude!!! You've got the letter yaw!!"

"Amboihh.. Speaking!"

Dengan tak sabar-sabar, aku tolak ketepi kesopanan aku sebagai lelaki lalu aku carik2 sampul surat tersebut. Ingatkan surat dari anak N.D lala tu ke.. Almaklumlah, lama aku tak kontek dia. Mesti dia rindu banget sama aku. So aku bukak lipatan surat tu.

"Ler.."

Surat dari celcom, bill broadband. Yang kurang ajarnya, due date yang tertera kat situ 11.5.2011, tapi bb ni slow dah speed dia. Bandwith belum lepas limit lagi tapi slow dah. Klempess. 

Celcom celcom celcom.. Patutla ramai tak suka. Servis mengecewakan tapi duit, nak cepat. Ada planning nak tukar tapi kalau pakai streamyx, macam manalah nak berblog kat mapley? Takkan nak bawak modem tu sekali pulak kan? Hishh tensyen aku..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...