Lelaki berusia 26 tahun itu menghantar SMS berbunyi ‘tunang awak diculik dan berada dalam tangan saya... untuk menyelamatkannya tunggu arahan seterusnya’ kepada tunangnya berusia 25 tahun kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, tujuannya adalah untuk mendapatkan wang hantaran perkahwinan dengan cara mudah. Suspek mendakwa terdesak untuk mendapatkan wang bagi majlis perkahwinannya yang dijadualkan dilangsungkan akhir bulan ini - Berita Harian
Hadoi lah.. Simple je hal ni, tak payah pening-pening kepala. Kalau tak cukup duit, jangan kahwin! Tu je. Bila terdesak manusia ni sanggup buat apa je sampaikan salah dosa campak ke laut. Janji matlamat tercapai eh? Hm harap-harap kita tak 'terbabas' sampai macam tu sekali.
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan