Bila bulan berada atas Kaabah, segala doa dimakbulkan?

on 27 Mei 2011

KANGAR: “Tiada istilah di dalam al-Quran bahawa apabila bulan berada tepat di atas Kaabah, (maka) segala doa kita dimakbulkan, malah khidmat pesanan ringkas (SMS) berangkai seperti Dajal sudah muncul dan sebagainya boleh memesongkan akidah,” kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.

“Di dalam al-Quran dan hadis, perkara sebegini langsung tidak disebut dan waktu paling mustajab berdoa sudah diberitahu contohnya selepas solat, ketika sujud, sewaktu wukuf di Arafah dan sepanjang Ramadan.

“Keadaan seperti bulan di atas Kaabah dan pintu Kaabah dibuka tidak pernah disebut di dalam al-Quran dan ia boleh memesongkan akidah umat Islam sekiranya terlalu mempercayainya, sedangkan waktu mustajab doa seseorang itu adalah sepanjang masa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung SMS diterima orang ramai yang menyatakan,
‘Pagi ini pada jam 9.15 malam bulan akan berada tepat di atas Kaabah dan sebarang doa yang dibuat akan dimakbulkan’ - Metro

Ada siapa-siapa yang dapat mesej macam tu? Sekarang semua persoalan korang dah terjawap. JANGAN percaya ok..

*Tonton maharaja lawak minggu 9. Klik link ini -> Maharaja lawak minggu 9
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...