Blogger baru : Tips pemilihan template

on 01 June 2011

Blogger baru, permulaan kau berblog ni mesti terliur tengok template blog yang cantik/unik. Then susah nak dapat template yang kena dengan nafsu serakah kau. Kan?

Actually, ada beberapa kriteria kau kena tahu bab template ni. Bukan main pilih je. Sebelum tu kita tengok dulu jenis template :

1. Template sedia ada (blogger punya)
2. Ala-ala wordpress
3. Minimalist (Simple, takde warna yang banyak)
4. Magazine
5. Photolog (Khas untuk gambar2 je)
6. Grunge

Actually ada banyak lagi. Tapi untuk elakkan kau rambang mata, aku cadang pilih yang sesuai dengan niche blog kau. Biasanya kalau untuk personal blog, ramai pilih minimalist. Lepas tu barulah depa tambah atau edit apa-apa untuk kasi template tu nampak lagi cantik/unik.

Sidebar

Ada 1-4 sidebar pilihan. Tapi aku suggest pilih 2 sidebar sebab ada tempat untuk etak widget dan page load pun laju. 4 sidebar? Buruk weh.. Jangan pilih 4 sidebar. Huhu

Paling penting

Tak kiralah apa jenis template kau pilih, bila loading pastikan bahagian content keluar dulu ok.. Yang lain tu kalau lambat sikit loading takpe. Yang penting content keluar dulu.

Elakkan pilih template yang memerlukan kemahiran coding kalau nak edit. Pilih yang ada siapkan function adjust. Macam blogger punya template tu. Tapi kalau kau tahu coding suka hati kaulah.


Kalau malas jugak fikir template apa yang sesuai, guna je template sedia ada. Lepas tu tambah atau edit untuk kasi nampak cantik/unik. Tak pun mintak je depa yang expert bab coding buatkan template untuk kau. Kau standby duit jela. Ok harap tips ni membantu..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...