Ditipu Mr 10%

on 12 Mei 2011

AMPANG: Seorang lelaki dikesan bergiat aktif memperdaya orang ramai di negara ini untuk melabur dalam syarikatnya berasaskan pelaburan Internet yang kononnya mampu memberi pulangan segera hingga 10 peratus sebulan daripada jumlah wang tunai dilaburkan itu.

Difahamkan, syarikat berkenaan kini sudah mempunyai kira-kira 1,000 ahli di seluruh negara dan mengenakan modal antara RM1,000 dan RM20,000.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan yang dipercayai baru menubuhkan syarikat itu hujung tahun lalu bertindak menghilangkan diri sebaik mendapat wang pelaburan mangsa - Metro

10% sebulan?? Perghh! Bapak penipu! Hm.. Sebab mentaliti cepat kaya tanpa berusaha wujud, senang2 je kita diperdaya. Sila pastikan dulu kebenaran sesuatu program duit sebelum join. Jangan cepat rambang mata. Kalau tak, jadi macam kat atas. Padan muka kau lah..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...