Wajibkan nafkah ibu bapa

on 12 Mei 2011

KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin mengkaji keperluan mewujudkan satu undang-undang mewajibkan anak-anak memberi nafkah hidup kepada ibu bapa mereka, sekiranya terdapat keperluan dan keadaan yang mendesak.

Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd. Fazari Mohd. Salleh bagaimanapun berkata, sebarang saranan ke arah mewujudkan undang-undang sedemikian harus terlebih dahulu mengambil kira daripada segi implikasi keseluruhan terhadap hubungan ibu bapa dan anak-anaknya dalam jangka panjang.

Menurut beliau, JKM melihat kesedaran menyeluruh semua pihak khususnya anak-anak terhadap tanggungjawab ke atas ibu bapa mereka sebagai pendekatan yang lebih sesuai untuk menangani isu ini - Kosmo

Mengambil kira dari segi implikasi hapa.. Kan memang dah tanggungjawap anak-anak yang dah bekerja tu. Bagi aku cadangan kerajaan ni memang bagus.. Patut diwajibkan. Dapat didik masyarakat ni jadi bertanggungjawap sikit. Yang tak reti2 nak bagi nafkah hidup kat mak bapak takleh lari dah pasni.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...