Gambar Bakal Isteri Tomok

on 27 Mei 2011

Beautifulnara.com


Gambar bakal isteri tomok. Tomok pilih 1 julai sebagai tarikh nikah yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Datuk Keramat. Berikut ialah sedikit petikan dari harian Metro :

Juara rancangan realiti TV, One In A Million musim ke-3, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 27, akan menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai depan dengan pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Siti Rahayu Abas, 32 .

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Merentas Masa itu berkata, dia mengenali bakal isterinya itu secara tidak sengaja pada 2003 sebelum bertukar-tukar nombor telefon.

“Ketika itu Tomok terbabit dalam satu set penggambaran telemovie bersama New Boyz di Cheras. Kebetulan, Siti Rahayu melalui kawasan penggambaran itu dan kami bertegur sapa selain bertukar-tukar nombor telefon sebagai peminat dan artis,” katanya.

Katanya lagi, dia tidak menyangka hubungan persahabatan dijalin bertukar menjadi cinta sehingga membawa ke jenjang pelamin.

“Pada 6 Julai pula, kami akan mengadakan majlis persandingan tertutup di Saloma Bistro khas untuk rakan artis dan media manakala kenduri pihak keluarga saya akan dilangsungkan pada 9 Julai di rumah ibu bapa saya di Alam Damai, Cheras,” katanya - Metro

Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...