Jangan mengutuk dalam facebook

on 03 Mei 2011

Jangan main gila kalau kau nak kutuk sesapa lagi-lagi kakitangan kerajaan atau mereka yang terlibat dengan hal ehwal negara dalam facebook. Boleh kantoi kau tahu? Ni bukti :

JOHOR BARU: Tindakan lima konstabel sebuah balai dekat Tampoi di sini, berinteraksi melalui laman sosial Facebook dengan mengaibkan Ketua Polis Balai (KBP) mereka dan seorang sarjan, membawa padah kerana selain dikenakan tindakan disiplin, mereka turut disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ini berikutan, KBP berpangkat Cif Inspektor itu membuat laporan apabila menyedari lima anggota polis terbabit mengaibkannya dan seorang penyelia Unit Pencegahan Jenayah berpangkat sarjan, selepas melayari laman sosial itu pada 15 April lalu.

“Kita melihat ia sesuatu yang serius dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas kerana ia boleh memburukkan imej pasukan polis,” katanya - Berita harian

Sebenarnya, dapat apa dengan mengutuk kalau tak puas hati pun? Kalau hati lega pun sekejap je. Lebih tu dosa. Kalau kantoi malu kau dapat sakit pun kau dapat.
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...