Rahsia untuk terus mengetuk keyboard (menaip)

on 03 May 2011

Mesti kau pelik tengok bila tengok blogger yang tak henti-henti published entri. Lepas tu timbul pertanyaan -  "Macam mana kau dapat idea?"  "Bagi aku akal fikiran kau tu boleh?"

Sebenarnya macam ni. Pernah tak masa kau tengah duduk bersantai depan rumah hisap rokok atau usha awek lalu depan rumah atau kat taman atau tengah berdating, tetiba idea tu muncul? Pernah tak masa tengah buat kerja, tengah berak, tengah tengok t.b tetiba idea tu 'lalu' kat fikiran? Pernah? Bila idea tu muncul, apa tindakan kau?

Pilihan jawapan :

A - Nanti-nantilah aku taip. Malas ah
B - Ush t.b ada cerita best kejap lagi! Biarlah dulu blog tu
C - Hm sat lagi awek/balak aku ajak dating.. Lepas dating lah aku taip. Hik hik..
D - Ah tido dululah!
E - Leka stalker blogger perempuan yang cun
F - Bergosip kat fb

*Kalau jawapan kau salah 1 kat atas tu, no wonderlah kau tak dapat update

Kalau biarkan je, idea tu confirm basi! Atau boleh jadi kau terlupa idea tu. Tapi kalau kau ambil tindakan (terus fikir isi untuk idea tu then terus update) dapatlah kau 1 entri. Macam tu jugak seterusnya-seterusnya. Nilah apa yang blogger kau kata tegar tu buat. Inilah rahsia untuk terus menaip!

Dapat idea + jangan biarkan idea tu basi @ hilang = Entri

Tak kiralah idea tu muncul sekali lalu je, atau sesuatu yang kau kena fikir dulu. Bila dapat je idea tu terus berusaha keras kembangkan idea tu dan terus taip. Jangan tangguh-tangguh! Jangan ikutkan malas tu. Okeh??
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...