Tak dapek aku nak hulur lebih jack!!

on 03 May 2011

Lepas layan vid maharaja lawak, terus aku siap-siap nak lepakan kat town. Demi mencari beberapa idea segar bugar. Duduk je rumah idea macam tak berkembang je. Ahaks..

Planning lepak mapley sajeeeee. Tampin ni bukan market macam K-Hell tu. Banyak tempat yang chill dan cool kau boleh lepak. Tengah sedap-sedap layan blues kat mapley ni, tetiba aku didatangi seorang brader. Dia kata dia dari sekolah agama mana tah. Nak mintak sedekah sikit.

Awalnya aku agak curiga. Bukan apa, banyak kes woo.. Member aku kata member dia pernah kena pukau dengan orang macam ni. Dia bajet nak hulur Rm5 tapi dia hulur Rm100. Dia sedar dia hulur Rm100 tapi dia tak dia sendiri tak tahu kenapa dia kasi Rm100.


Lagi 1, bila orang macam ni mintak sedekah kau perasan tak dia akan keluarkan 1 fail yang penuh sijil2 dalam tu? Kononnya untuk meyakinkan kita dia bukan tipu. Tapi member aku kata sijil2 tu boleh buat sendiri. Kadang-kadang cop dalam sijil tu pun meragukan. Member aku berani cakap macam tu sebab aku tengok sendiri dia buat kerja ni.

Malas nak berprasangka buruk, aku hulur la takat yang aku mampu. Dia ucap trimas then terus blah. Selang 1 jam, aku pulak blah. Tengah berjalan tu tetiba aku ditahan. Siapa yang tahan? Orang yang mintak sedekah tadi dan dia mintak sedekah lagi! Kali ni dia kata tersesat nak balik melaka. Duit takde.

Erk, lebih-lebih dah ni. Aku buat tak reti je dia pot pet. Malas pulak aku nak cakap "Eh bukan dah bagi ke tadi???"  Aku taknak pandang serong pada diaorang ni tapi bila jadi macam ni, susah nak percaya dah! Haihhh macam-macam..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...