Kerana internet, hidup kau hancur

on 26 May 2011

Ramai dah dok heboh benda ni dari dulu lagi, tapi aku tak ambik port selagi aku sendiri tak nampak kesan dia. Tapi lately ni, boleh kata kesan negatif kandungan internet ni mula tunjuk belang. Dah macam-macam kita dengar kat t.b, baca kat suratkhabar pasal kesan menatang ni.















Salah 1 kesan negatif dia hubungan kau dengan keluarga makin dingin. Apsal aku kata gitu?

Dengan blog, facebook, twitter, pastu yang terbaru ni empire evanue (aku tak sure benda ni melalaikan tapi dari feedback user aku baca, ada yang kata boleh menyebabkan addict) aku rasa dah cukup untuk membuatkan kita duduk tak bangun-bangun mengadap laptop. Sebab kandungan internet tu mengasyikkan. Family pun secara tak sedar kita tolak ketepi.

Bila parents ajak lepak bual petang kita akan kata "bzlah". Adik beradik ajak beriadah petang kita akan kata "Ah.. Boringlah". Paling parah, ni yang aku tengok dengan mata aku sendiri. Bila waktu makan, boleh pulak bawak pinggan duduk depan pc. Sambil makan, sambil layan facebook.

Kesan dia macam aku cakap tadi.. Hubungan kekeluargaan tu makin lama makin tak mesra, dingin. Sebab dah kurang bercampur dan bercakap sesama sendiri. Kesan lain? Kau boleh fikir sendiri. Bagi aku ini tak sepatutnya berlaku. Kandungan kat internet dah macam jadi keperluan untuk hidup sedangkan menatang tu dicipta untuk memenuhi kehendak. Kehendak ada limit. Kita ada batas kena jaga.

Tak tahulah apa akan jadi dengan institusi kekeluargaan 5-10 tahun akan datang kalau benda ni berterusan.. Andai kata jodoh aku dengan lisa suriani atau shahila anak ND lala berkekalan sampai ke anak cucu, aku akan pastikan waris aku tak addict dengan kandungan-kandungan yang ada kat internet ni. 

Pendapat kau pulak macam mana?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...