Persembahan entri yang pembaca tak suka :
1. Banyak guna shot form
Ini blog, bukan handphone untuk ber-sms weh! Banyak sanngat short form memang annoying. Pembaca susah nak faham apa yang dibaca kalau text tu berbentuk short form. Last-last pembaca pun berambus tanpa toleh belakang lagi. Ok aku nak test. Kau faham tak short form ni? - Hdph Kpti
Aku pun tak faham! Jadi hentikanlah penggunaan shortform.. Tak pun kurangkan.
2. Text warna-warni, saiz text kejap kecik kejap besar
Ah.. Aku taknak cakap panjang lebar pasal ni. Kalau nak pembaca baca entri kau, sila guna 1 warna SAHAJA dan saiz yang SAMA untuk text.
3. Perenggan tak susun/langsung takde perenggan
Lebih 1 point dalam 1 perenggan atau langsung takde perenggan buat pembaca ngeri nak baca sebab text nampak terlalu banyak. Lagi 1 pembaca susah nak faham apa yang kau nak sampaikan dalam entri. Kenapa susah? Sebab terlalu banyak point dalam 1 perenggan dicampur dengan huraian buat pembaca keliru atau info overload. Jadi diaorang takkan dapat tangkap apa yang sebenarnya yang ada dalam entri tu.
Amalkan 1 point untuk 1 perenggan untuk memudahkan pembacaan.
4. Tak guna alignment justify
Hasil dia, entri nampak tak kemas. Penghujung ayat kejap pendek kejap panjang, tak sekata dan tak tersusun. Jadi sila amalkan penggunaan alignment justify.
5. Gambar pelbagai size
Kalau 1-2 gambar takpelah jugak. Tapi kalau tepek sampai 3-4 gambar atau lebih, lepas tu kejap kecik kejap besar, kejap segi empat tegak kejap segi empat tepat. Nampak huru hara, tak keruan. Pembaca pun akan rasa huru hara, tak keruan lantas ucapan selamat tinggal diucapkan pada blog kau.
Jadi sila resize gambar ikut kelebaran width content. Barulah nampak kemas. Pembaca pun suka.
++++++++++++++++
Jadi kalau nak pembaca baca entri kau, pastikan persembahan entri cantik/kemas. Make it reader friendly. Kalau kau berblog sebab suka-suka, entri ni bukan untuk kau (Suka-suka tapi iklan bersepah pulak)
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan