Suatu malam kubur berasap memang berasap

on 06 Mei 2011

Tadi aku merayau sat ke blog abang nara. Sekali-sekala baca pasal artis nice jugak. Bukan apa, kalau lepak mapley dengan kengkawan nanti, kalau ada yang bukak cerita pasal industri hiburan malaysia dapatlah jugak aku menyampuk. Nampak up to date lah. Keh keh..

Then ada 1 entri ni yang memang menarik perhatian aku. Kau kenal Nurul Ain Nordin? Tak kenal? Takpe sebab dia tak terkenal pun. Kat entri tu gambar dia posing separuh tuuuuttttt! untuk filem Suatu Malam Kubur Berasap.

Apa yang menarik lagi dalam entri tu, sebab Nurul tu pose macam tu mungkin kerana kehendak pihak-pihak dalam filem tu. Hm.. Kalau kita fikir balik, memang tu taktik biasa luar negara guna untuk lariskan filem.

Tapi bagi aku taktik promosi tu macam tu langsung tak sesuai diguna kat Malaysia ni (faktor penerimaan dengan agama). Last2 orang tertarik nak tengok bukan pasal jalan cerita dia tapi sebab ada gambar pose macam tu.

Bagi aku, pelakon-pelakon wanita kena tegas dalam hal ni. Takkan asyik nak makan duit haram je. Even kalau tak kisah pun makan duit haram, fikirlah kesan buruk posing macam tu..

Klik sini untuk ke entri tu - Picit!!
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...