Tarif elektrik disahkan naik oleh kerajaan

on 27 Mei 2011

Tarif elektrik disahkan naik oleh kerajaan. Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini (27 Mei 2011) meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

Anggota jemaah menteri telah mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara sejak beberapa minggu yang lalu - Malaysia kini

Ish.. Minyak tak jadi naik tapi elektrik pulak dinaikkan.. Kacau betullah..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...