Bapa tiri durjana atau mak kandung durjana?

on 01 Jun 2011

Tajuk berita ni bapa tiri durjana. Tapi lepas baca, aku rasa tak kena tajuk tu. Cer hang baca. 

AMPANG: Seorang pelajar berusia 15 tahun nekad melarikan diri ke rumah ibu saudaranya selepas tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak Mac lalu di rumah mereka di Ampang, di sini, kelmarin.

Sejak Mac lalu, mangsa mendakwa 11 kali diperkosa bapa tirinya. 

Lebih menyedihkan apabila perbuatan jijik bapa tirinya itu diketahui ibu kandungnya tetapi hanya mendiamkan diri berikutan takut ditinggalkan.

Malah, ibu mangsa hanya menasihati anaknya agar bersabar dengan perbuatan keji lelaki itu bagi mengelakkan dia ditinggalkan - Metro  

Ok cer bagitahu aku - bapa tiri yang durjana ke atau mak kandung yang durjana? Kadang-kadang perempuan ni terlalu sayang sangat lelaki sampaikan benda yang tak patut lelaki buat pun sokong. Apalah..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...