Biasiswa 1MDB : 1 Malaysia Development Berhad

on 07 Jun 2011

Info tentang biasiswa 1malaysia development berhad (1MDB).


1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menawarkan 500 biasiswa kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi 8A+ untuk melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan, tahun ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata 300 bantuan tersebut akan diberikan kepada bumiputera manakala 200 lagi akan diberi kepada bukan bumiputera.


Katanya keutamaan biasiswa tersebut akan diberikan kepada pemohon-pemohon 8A+ yang gagal mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


Bagaimanapun, kelonggaran khas juga akan diberikan kepada pemohon bumiputera di Sabah dan Sarawak yang mana mereka yang memperolehi 6A+ dan 5A+ akan dipertimbang dengan mengambil kira pendapatan ibu bapa dan kawasan persekolahan mereka, katanya.


Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat biasiswa 1MDB bersama dengan wakil-wakil parti komponen Barisan Nasional di Bangunan Parlimen di sini, Isnin. "Hanya untuk mereka sahaja kita bersetuju melonggarkan syarat akademik. Bumiputera di Semenanjung kena comply to pre-conditions, iaitu akademik dan pendapatan ibu bapa," katanya - Bernama


Untuk maklumat lanjut tentang biasiswa ini, klik pautan link di bawah :


1Malaysia Development Berhad
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...