Blogging dan emosi - saling berkait

on 02 Jun 2011

Emosi atau perasaan bagi aku part paling kritikal sekali dalam berblogging. Emosi yang berada dalam keadaan stabil, tenang atau ceria sangat-sangat membantu bila berblogging.

Bila emosi berada dalam kondisi yang baik, kau dapat fokus bila berblogging. Kau takkan rasa tensyen, tak malas bila menaip, dapat cari idea yang best, dapat bantu kekalkan konsistensi update. 

Tapi kalau emosi kau sucks habis (terganggu) masa berblogging, memang ke lautla aktiviti berblogging kau. Tak dapat nak fokus. Serius.. Entri akan jadi tah hape-hape even idea best, atau tak dapat update langsung.

Macam mana emosi boleh terganggu? Hmm kalau dari pengalaman aku, emosi terganggu bila ada tanggungjawap yang kita tak selesaikan macam final projek contohnya.. Masa ni kau mula risau dengan final projek tu yang mana deadline mungkin tinggal 1-2 hari sedangkan kau langsung tak mula apa pun. Pada masa yang sama kau tensyen sebab ketandusan idea untuk update.

Bila pertembungan 2 hal penting macam kat atas berlaku, fikiran kau confirm terganggu.. Bila fikiran terganggu, emosi pun terganggu. Sebab emosi terganggu bukan takat ni je. Apa-apa je yang hal yang berlaku yang menyebabkan gangguan emosi boleh masuk sekali dalam hal ni.

Apa patut aku buat untuk elak masalah emosi ni?

Elakkan diri dari dapat masalah. Tu je. Mungkin nampak senang tapi susah untuk kita buat. Selagi rasa malas tu bersarang dalam diri pun buat susah jugak. Keh keh.. Tapi ada jugak masalah yang tak boleh dielak. Bila masalah macam tu berlaku, pandai-pandailah kawal emosi.
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

i have begun to visit this cool site a few times now and i have to tell you that i find it quite good actually. keep the nice work up! =)


28 Januari, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...