Gambar Terkini Wajah Penyamun Simbah Asid 2011

on 17 Ogos 2011

Ini dia gambar terkini wajah penyamun simbah asid 2011. Dari sumber, ini bukan suspek yang sama yang buat onar pada beberapa orang wanita beberapa bulan lepas.. Ni suspek baru. Bagus.. Sekarang dah ada dua maniac penyimbah asid. Aku nak keluar rumah pun dah mula rasa cuak.. Hurmm..


Sedikit petikan dari Hmetro 17 ogos 2011 :

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata berdasarkan siasatan terhadap kedua-dua kejadian berkenaan, polis menafikan sama sekali kes itu berkaitan dengan siri kejadian simbah cecair asid sebelum ini.

Jenis cecair digunakan dalam kes ini berbeza dengan cecair kejadian lalu. Siasatan juga mendapati ciri-ciri suspek berbeza dengan gambaran suspek kes simbah asid sebelum ini.

Polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian atau mengenali wajah suspek tampil memberi maklumat dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi terus Rakan Cops - 03-21159999

Aku : Korang semua hati-hati ok.. Sekarang ni banyak orang tak gila tapi buat-buat gila..

Sumber : Hmetro 17 ogos 2011

Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...