15 Kadet Bersatu Malaysia Di Panah Petir

on 09 April 2012

15 ahli kadet bersatu malaysia melaka di panah petir di kem pengakap bukit katil petang semalam. Menurut mangsa, mohd faisal othman, "saya jatuh terlentang selepas terkena renjatan akibat panahan halilintar pada pokok berdekatan. "

Ketika kejadian dia bersama dua orang rakan berada dalam khemah kecil, keluar untuk ke khemah besar tidak jauh dari situ. “Sebaik keluar, saya nampak petir menyambar pokok berdekatan sebelum tiba-tiba saya jatuh terlentang. “Ketika itu saya nampak beberapa lagi rakan turut terkena renjatan akibat panahan petir itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, seramai 15 pelajar Sekolah Menengah St Francis di sini, cedera akibat terkena renjatan kesan panahan petir. Rakannya, Mohd Danish Azilan, 15, berkata ketika kejadian dia berada atas katil dalam khemah bersama beberapa lagi pelajar sedang berehat kerana hujan berserta ribut. 

“Tiba-tiba kaki saya berasa kebas dan saya rasa ia akibat renjatan petir,” katanya yang mempunyai kesan kemerahan di paha kanan. Mereka yang juga ahli Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) menyatakan hari tersebut ialah hari pertama berada di kem, menjalani kursus selama seminggu.

Semua pelajar yang cedera itu kemudian terus dikejarkan ke hospital melaka untuk rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil.


*Masa-masa guruh, petir, memang aku cuak nak keluar pergi mana-mana.. Sebab kes-kes macam nilah yang baut aku takut. Hurm ini peringatan. Pada yang bakal berjalan kaki untuk pergi mana-mana masa cuaca tak baik nanti, elakkan berjalan kat tempat yang lapang dan JANGAN dekat dengan pokok.
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Shad berkata...

kat nilai petang semalam pun guruh kuat sangat2.. kilat bagai.. jantung ni ase nk luruh ja.. Innalillah, kesiannya kat diorang..


09 April, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...