Aidil Zafuan Beri Hak Penjagaan Pada Rita Rudaini

on 14 April 2012

Aidil zafuan beri hak penjagaan anak pada rita rudaini - Kita tahu yang diaorang dah tak sehaluan lagi dan sebelum ni, kita cuma baca feedback pasal rumah tangga diaorang dari rita je. Jadi macam mana pulak dengan feedback dari aidil?


Baru-baru ni di berita harian, aidil menafikan dakwaan rita yang mengatakan dia tidak menjalankan tanggungjawap sebagai seorang bapa dan tak ambil pedulik pasal anak-anaknya. Kata aidil :

"Saya terkejut apabila dia (Rita) mengatakan saya tidak menjenguk anak-anak. Semuanya tidak benar. Minggu lalu saya baru pulang, malah setiap hari saya menghantar SMS kepadanya bertanyakan khabar anak tetapi dia (Rita) tidak balas. Saya masih waras dan tidak akan meninggalkan mereka (anak-anak) begitu saja, saya tahu akan tanggungjawab sebagai bapa mereka."

Seorang kata macam tu, seorang kata macam ni? Siapa reka cerita, siapa yang cakap benar ni? Di media hiburan pulak, aidil mengatakan dia akan serahkan hak penjagaan anak-anak pada rita. Kata aidil :

"Walaupun hak penjagaan secara sah diberi pada rita nanti, saya masih lagi bapa kepada anak-anak kami. Saya berharap rita akan beri saya kebebasan untuk bertemu dan bermalam dengan anak-anak pada bila-bila masa tanpa syarat."
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...