Facebook Kelab Gay Malaysia Ada 4000 Like

on 15 April 2012

Facebook kelab gay malaysia fanpage ada 4000 like? - Di sebalik premis perniagaan yang menawarkan servis urut dan spa khusus untuk lelaki sebenarnya terselingdung kumpulan gay yang dikenali sebagai ‘Mat Kunyit’ dan ‘People Like Us’ (Plu). Mereka juga menggunakan rangkaian Internet bagi menarik lebih ramai lelaki yang bernafsu songsang.

Kumpulan itu mengumpul pengikut di seluruh negara menerusi rangkaian laman sosial seperti facebook fanpage, dengan menggunakan nama Kelab Gay Malaysia sejak 27 Jun tahun lepas. Laman itu mendapat sambutan di kalangan golongan gay sehingga status ‘like’ terkumpul mencecah hampir 4,000. 

Jumlah itu jelas membuktikan kelompok homoseksual makin bertambah. Lebih mengejutkan, setiap negeri sebenarnya mempunyai kelab gay sendiri yang sekurang-kurangnya mempunyai jumlah like 1,100.  Lebih mengecewakan, orang melayu dan beragama islam antara yang menyertai kelab terbabit, sedangkan perbuatan ini jauh terpesong dengan ajaran agama. 

Sementara itu, dipercayai sekurang-kurangnya 10 blog menawarkan pelbagai servis urutan serta ada individu tidak segan mempromosi diri sendiri bagi menarik pelanggan lelaki bernafsu songsang.

Sumber : Harian metro

*Aku tak ambik port sebenarnya pasal gay dengan lesbian sebab aku percaya pada hak individu. Tapi tertanya-tanya lah jugak pada mereka yang islam tapi bernafsu songsang ni.. Tak takut ke balasan kat akhirat nanti?


Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...