Banglo Adinda Sultan Selangor Dirompak

on 07 April 2012

Banglo adinda kepada sultan selangor di jalan duta dirompak dua lelaki warga Indonesia kira-kira jam 5 pagi semalam. Dua penjenayah tersebut dipercayai memecah masuk banglo itu menerusi tingkap depan sebelum mengikat empat pembantu rumah yang ketika itu sedang tidur. 

Semasa kejadian, kerabat sultan selangor serta ahli keluarga berada di luar negara. Menurut ketua jabatan siasatan jenayah kuala lumpur datuk ku chin wah, suspek bersenjatakan pisau ketika memecah masuk banglo itu.  Pembantu rumah berkenaan diugut akan dicederakan dan tangan dua pembantu rumah lelaki diikat. 

Kesemua pembantu kemudian dikumpulkan dan dikurung dalam sebuah bilik dan suspek mengambil kesempatan ini menggeledah semua bilik dalam banglo itu. Polis ketika ini masih mengesan barang berharga yang dirompak. 
Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Shiema Sufian berkata...

Banyak masalah pecah rmah sekarang, takut shiema (:


07 April, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...