Gambar Yatt Hamzah Bertudung

on 06 April 2012

Gambar pelakon yatt hamzah dah bertudung. Alhamdullillah.. Aku rasa ramai artis wanita malaysia mula terbukak hati untuk bertudung. Sebelum ni abby, sekarang yatt. Pada yang tertanya-tanya siapa yatt, dia  ialah pelakon filem impak maksima dan beberapa buah drama yang aku malas nak senaraikan kat sini. Hehe.


Kata yatt hamzah di media hiburan :

"Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Selepas pulang dari kelas usrah semalam, hati saya tergerak untuk mengerjakan solat sunat taubat. Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. 

Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti. Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah. Suami adalah orang yang paling gembira bila saya beritahu keputusan saya ini. Sebelum ini dia pernah menyuruh saya untuk bertudung tetapi tidak sesekali memaksa saya untuk berubah ke arah itu. 

Doakan semoga perubahan saya ini mendapat keberkatan daripada-Nya dan biarlah saya kuat untuk menghadapi apa saja ujian terutama dalam industri ini"

Aku ucapkan tahniah pada yatt di atas penghijrahan ni. Insyaallah dengan bertudung, rezeki yatt sebagai artis akan semakin melimpah ruah. Dan pada artis wanita yang tak bertudung, rasa-rasanya dah tiba masa untuk korang ikut jejak langkah yatt. Bertudung tak memerlukan niat sebenarnya sebab hukum dia wajib. Kan?
Ranking: 5

{ 5 ulasan... read them below or add one }

suri berkata...

salam..

saya suka bila melihat org mula berubah ke arah kebaikan berharap ia akan kekalkan cra ini sampai bila-bila..


06 April, 2012
Amirah Jafri berkata...

alhamdulillah :)


06 April, 2012
Izyan Masri berkata...

JAP.SEBENARNYA.DIORANG SEMUA MEMANG CANTIK BERTUDUNG.LAGI BAGUS PON KAN DARI FREE HAIR TU :D


06 April, 2012
TRIGYY berkata...

tahniah yatt hamzah... dia cantik bertudung dan anak yatt hamzah comel gilew.. hehe


07 April, 2012
cik hidayah berkata...

hehe..ada gambar heliza erk blakang yatt tu?ala comeynya buat muka gtu..skali pandang yatt mcm diana danielle pun ada bila bertudung


15 Mei, 2012

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...