Zira Ayub Isteri Nabil Raja Lawak Hamil 5 Minggu

on 18 April 2012

Zira ayub isteri kepada nabil raja lawak hamil 5 minggu - Nampaknya keluarga nabillicios delicious akan menerima kehadiran ahli baru tak lama lagi. Untuk makluman korang, isteri nabil, nazirah ayub atau zira sudah sah hamil 5 minggu.


Berdasarkan media hiburan, pengesahan zira hamil ialah pemeriksaan kit kehamilan ketika dia rasa tak selesa pada waktu pagi. Kata zira:

Pagi tadi saya rasa tak sedap badan jadi saya suruh nabil beli kit kehamilan untuk confirmkan sama ada saya hamil atau tak. Alhamdulillah, keputusan kit kehamilan tu positif dan kami terus mendapatkan pengesahan di sebuah klinik. Syukur usaha kami untuk mendapatkan anak akhirnya dimakbulkan. Doktor mengesahkan saya mengandung lebih lima minggu. Soal jantina anak masih awal untuk saya perkatakan. Apa yang penting biarlah zuriat kami sihat dan sempurna.

Tahniah aku ucapkan pada nabil dan zira. Harapnya nabil beri perhatian lebihlah pada isteri buat masa ni sebab dah 5 minggu tu. Hehe. Semoga zira selamat melahirkan zurita sulung ini. 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...