MLM punya pasal

on 11 Oktober 2010

Pagi tadi masa kedai takda customer, kid duduk rehat sekejap sambil baca Kosmo hari ni.

Sekali ternampak la tajuk " Pinjam ah long RM2.9j masuk MLM"..


Ni ha sedikit petikan dari Kosmo :

KUALA LUMPUR - Membimbangkan! Percaya atau tidak, wanita bujang dan berkahwin menjadi golongan yang kian terhimpit apabila statistik Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA menunjukkan mereka semakin galak meminjam dengan ah long melibatkan hutang mencecah RM2.9 juta sejak 2009 sehingga Ogos tahun ini.



Haiya.. Ini macam pun ada? Kid agaklah pelik bila baca topik ni pagi tadi sebab rasanya semua dah tahu bahana meminjam duit dari ah long. Interest or "bunga" dari ah long ni, tinggi ui.. Tapi kenapa dengan selamba masih meminjam duit ah long? Sebab MLM la kan? Kesimpulan dia, berani pinjam, berani la tanggung hutang plus interest yang sampai 2,3 keturunan pun tak akan habis-habis tu. Huhu.  
Tapi yang kid nak cerita kat entri ni, bukanlah pasal ah long. Yang kid nak cerita kat sini, pasal MLM, Multi level Marketing ni. 
Intro
Semua ni bermula bila kid terfikir nak bebas dari masalah kewangan ni 3 tahun lepas. Sebut je pasal duit ribu-ribu, puluh ribu, juta-juta, siapa yang taknak dengar kan? Lagi-lagi kalau nisbah ribu ribu, puluh ribu, juta-juta masuk kat poket kita ni, mestilah syok habiss punya. Kid pun macam korang, ada angan angan nak collection duit tebal-tebal. Tapi rasa macam mustahil je nak capai semua tu kalau kerja makan gaji.
Taktik menjerat
Kid diperkenalkan seorang kawan yang join business ni. Cara dia nak tangkap perhatian kid : Cerita duit or income ribu-ribu tiap-tiap bulan, dapat kereta yang kid nak dalam 2 bulan, tak payah banting tulang untuk dapatkan $$$, enjoy shopping tiap-tiap bulan.
Ikan dah dapat, masa untuk goreng
Tanpa berfikir panjang kid pun join. Kid bayar rm1500 sebagai duit daftar keahlian campur produk. Gila mahal. Tapi sebab nak kaya punya pasal, kid bayar sedangkan masa tu kid nak pakai duit tu untuk kegunaan lain. Bila dah kena start cari prospek, barulah kid tahu azab MLM ni. Entah berapa hari kid merayau tak balik rumah cari prospek. 1 pun tak dapat. Lepas tu cari pulak member. Masa tu member dah mula buat muka ketat dengan kid. Akhirnya kid di-anti oleh member.
Dah makan habis dah ikan, perut pun kenyang
 
Upline kid ni pulak, mula-mula je membantu, lepas tu dia pun lesap. Bila kid kontek, dia kata dia busy. Dia janji nak tolong kid sampai la 5 downline kid bayar modal. Tapi 1 downline pun belum dapat dia dah lesap. Masa tu pun kid baru perasan, diaorang ni kata duit dah lebat masuk tiap-tiap bulan, tapi kenapa still nak pinjam duit member-member? Transport pun pakai motor je. Mana kereta-kerata mewah yang macam diaorang cakap? Rokok pun still mintak orang lain?
Adoi akhirnya kid tahu kid dah ditipu. Kena tipu 1 hal, tapi yang lagi 1 yang kid nampak, MLM ni, kalau kita join sakit ahh. Maksud kid, memang kabur masa depan dia kalau kita join. Even kita dah bayar modal dia, tak semestinya kita akan dapat prospek walaupun dengan bantuan upline sekali pun. Dah dapat prospek pun, tak semestinya dia confirm bayar duit daftar plus produk. 
Kesimpulan si mangsa

Last-last modal kid burn macam tu je. Bengang, sedih, rasa nak terjun bangunan pun ada. Diaorang ni, cerita meletup-meletup dengan kita sebab nak dapatkan trust dari kita. Cerita nak meletup, kereta mewah lah, duit tebal lah. Kalau kita terpengaruh, maknanya kita dah makan umpan diaorang. Tu je. Walhal hasil dia takda pun.

Lagi 1, hati-hatilah korang bila member korang beriya-iya benar ajak lepak mana-mana walaupun korang dah cakap korang busy. Silap-silap nanti korang dengar ceramah free MLM lah nanti. Yang kid selalu nampak, kat kedai makan je mesyuarat diaorang ni.
Tapi pada korang yang berminat jugak dengan MLM ni, hati-hatilah ok. Jangan korang terkena macam kid sudah. Teliti betul-betul hal-hal yang patut macam latar belakang syarikat, dah berapa tahun syarikat MLM tu beroperasi, macam mana sistem dia and tak lupa juga perangai bakal upline korang! Pastikan korang dah kenal betul-betul bakal upline korang. Kalau tak, jadilah macam kid. Menangis sampai tercirit pun takda guna dah. 


*Ada yang ajak kid, taknak join ke MLM ni lagi? Jawapan kid : Uiiii tak nak dah aku!



Ranking: 5

{ 1 ulasan... read them below or add one }

wannurfazrini berkata...

betul2. tak bgs MLM ni. baik kerja dgn usaha sendiri . br puas hati .


12 Oktober, 2010

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...