Aku nak bako opis ni..

on 26 March 2011

Pagi ni memang indah. Cuaca memang ngam kat sini. Kelihatan sekumpulan burung terbang bebas di langit. Tak lupa juga semut-semut yang bekerja mengutip sisa makanan kat busten ni. Sesekali terdengar semut-semut tu bertekak pasal sisa makanan tersebut. "Eh awat banyak pulak makanan ko?? Aku punya sikit je??" - Ni dengki la ni.

Tidak lupa jugak kepada seorang mamat ni yang dari 8.30 pagi tadi duk tercangak kat busten ni. Tunggu opis bukak tapi tak bukak2 lagi ni. Ah cilake.


Aku rasa macam tengah tunggu artis you.. Kang bila tanya, mesti cakap trafik jam. Walhal tampin ni bukan macam K.L. Kalau tak trafik jam, mesti terlewat bangun. Hm sapa suruh tido lambat? Bontot aku dah keras 1jam duduk menunggu orang bukak opis ni.

Hm dalam dunia pekerjaan ni, aku tengok diaorang bukan main lagi nak prestasi kerja tip top tapi benda kecik macam ni pun diaorang takleh jaga. Macam mana tu..? Kan? Kalau aku, aku segan siot nak cakap pasal prestasi kerja kalau displin diri pun aku tak jaga. Huhuh. 

So siapa setuju kita bako je opis? Bako!!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...