75 maut gempa bumi di Myanmar

on 26 Mac 2011

YANGON - Sekurang-kurangnya 75 orang awam terbunuh, 111 cedera manakala beratus-ratus lagi hilang tempat tinggal selepas gempa bumi kuat melanda Myanmar malam kelmarin.

Beberapa pekerja penyelamat berkata, buat masa ini tempoh selama beberapa hari diperlukan untuk mengetahui jumlah kerosakan yang sebenar. Gegaran yang berukuran 6.8 pada skala Richter itu dapat dirasai sehingga ke
Bangkok yang terletak 800 kilometer dari pusat gempa. Gegaran itu turut dirasai di bandar Hanoi, Vietnam dan di sebahagian kawasan di China.

Bangunan-bangunan yang berdekatan pusat gempa bumi ranap manakala penduduk yang ketakutan lari meninggal kediaman sejurus gegaran susulan berlaku semalam. Hampir 400 buah rumah musnah di empat kampung selain sembilan buah bangunan pemerintah ranap dan beberapa biara musnah di bandar Tarlay - Kosmo

Hm macam manalah negara kita ni nanti..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...