Bila aku stress, aku buat macam ni

on 31 March 2011

Bila masalah timbul je, perasaan stress mesti berbunga dalam hati, berbunga dalam fikiran. Perasaan ni timbul bila kita terlalu lama berada dalam zon selesa sedangkan kita lupa hidup ni ada turun naik dia. Kehidupan memang macam ni. Setiap manusia takkan dapat mengelak. Termasuklah aku sendiri, yang kerdil dan super hina di sisi yang Esa.



















Kalau kita biarkan je stress tu, alamatnya susahla kita nak buat apa-apa. Contohnya kerja. Dari apa yang aku dah rasa, stress antara penyebab prestasi kerja kita merosot.. Macam tu jugak pada masih study. Stress memang mengganggu konsentrasi. So aku nak share apa yang aku buat bila aku stress. Memang berkesan. Harap-harap sikit sebanyak dapatla membantu korang yek.


1. Lupakan dulu masalah - Lupakan dulu bukanla bermaksud kita lari dari masalah tu. Tapi untuk bagi ruang pada diri. Untuk tenangkan dan lapangkan fikiran kita supaya komitmen kita yang lain tak terganggu

2. Sabar dan bertenang - Takde sabar dan bertenang ni, memang susahla kita nak handle stress tu

3. Senyum - Senyum dapat kurangkan stress. Bila senyum kita rasa ceria. Tapi bagi yang susah nak senyum macam aku ni, yang manjang nak ketat je muka, rujuk no.1 dengan 2

4. Ikhtiar cara penyelesaian - Dah settle segala komitmen, barula kita fikir macam mana nak settle kan masalah kita tu. Aku cadang bila korang masuk part ni, korang buatla kat tempat yang menenangkan. Macam tengah-tengah bersantai waktu petang depan rumah, atau kat taman ke. Mana-mana tempat je asalkan tempat tu boleh buat kita rileks. Baru senang dapat jalan penyelesaian

5. Doa - Tak kiralah kita dapat jalan penyelesaian atau tak, janganla lupa mintak pertolongan dari yang Esa. Berdoala dengan ikhlas.. Insya-allah yang Esa akan tolong kita. Segala yang baik datang dari allah, yang buruk dari kita sendiri

Ada banyak lagi cara macam luahkan kat kawan/family, tulis masalah atas kertas, menangis puas-puas, bersenam.. Cuma tolongla, jangan buat perkara bangang bila stress macam ambik pisau lepas tu hiris/toreh tangan, tumbuk/tendang barang-barang dalam rumah dan banyak lagi perkara yang tak perlu aku sebut.. Aku perasan ada yang buat macam ni. Bila tanya dapat legakan stress. Lega apanya.. Sakit dapat, dosa pun dapat. Jangan cepat menggelabah!

Insyaallah apa yang aku senaraikan kat atas tu dapat bantu korang handle stress. Cubalah yek.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...