Kalau terlalu bz/takde mood nak berblog, apa kita boleh buat?

on 31 March 2011

Sejak dari semalam, tetiba menimbun job menepek kat meja kerja aku. Sungguh cilake. Kad kahwin dengan bisnes kad. Bisnes kad tak banyak tapi kad kahwin ni.. Aku pelik betul.. Apsal ramai gila kahwin bulan depan. Tak boleh ke kahwin bulan lain? Ah tak sabar nak malam pertama la tu. Bukan aku tak tahu. Huh..

Job menimbun masa aku tengah brainstorming cari idea nak hupdate blog. Maaasebaii.. Sampai aku kena bawak balik job ni buat kat rumah. Hari ni pun sama. Ianya sungguh tidak rasional sama sekali. Maka dengan penuh rasa tensyen, raut muka yang sedia ketat bertambah lagi ketat sampai dahi berkerut, aku gagahkan jugak diri buat job-job ni. Masa free yang ada pun 2,3 minit. Cuma dapat singgah blog kengkawan je.

Tensyen punya pasal, aku bertumbuk tadi dengan bos.. Terus aku bagi sebijik! No mercy! Biar dia rasa!

DUSHHHHHHH!!!! 

















Mula-mula dia shoot muka aku dulu. Tapi macam makan kacang, senang-senang je aku elak. Mana taknya, cara tumbuk basic sangat.. Gaya je lebih. Sifu aku pernah cakap, tengah sibuk musuh tayang 'skill', kita pulak 'steal'. So jadila macam korang tengok kat pic tu. Erk..

Ah sudah-sudahla tu kid! Merepek jela kerja ko!  

Er.. Ar so moral kat sini, bila korang tak bz/kondisi mental berada pada tahap yang stabil, rajin-rajinkan diri menaip, sediakan 3-4 entri dalam draft korang.. Bila korang bz atau kondisi mental tak berapa stabil, set entri-entri tu kepada autopost. Jangan jadikan masalah punca blog tak berupdate!


Pic : jaymckinnon.com

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...