Cerita 4 jam

on 26 March 2011

Dalam kul 11 tadi, tengah mata ni sibuk membaca bait perkataan demi perkataan kat blog, tetiba aku didatangi 1 suara.  "Kid, hari ni opis beroperasi sampai kul 12 jeww. Pasal akak ada kenduri kahwin kena attend. Tau?"  "Ceh attend? Cubala cakap attend bussiness meeting dengan Dato' ke hape. Barula kena!" - dalam hati. Tapi dalam mengkomplen tu perasaan happy menyelebungi diri.

Selang 1 jam, lappy dah ku standby kan. Aku capai beg, sumbat lappy dan keluar dari opis. Berjalan tengah panas menuju ke mapley sambil keringat membasahi dahi. Seraya itu, dahi berkerut memikirkan "Mana abang six pack pergi? Ok kah beliau disana?"


                                                               ++++++++++++++++++

Dipendekkan cerita, sesampai je kat rumah, terasa boring.. Sambil memikirkan apa cerita yang patut aku hupdate lepas ni, aku ambil keputusan layan majalah komik + artis dulu. Terkadang, tergelak aku bersendirian membaca komik ini. Mana taknya, bertumbuk tendang gila babeng, tak mampus-mampus. Masa lawan boleh pulak berdialog macam ni? :
"Aku nak tendang belah atas!!"

"Hiargh!! Aku tunduk!"

"Ok aku nak tumbuk belah kiri pulak!!

"Aku elak pulak belah kanan! Bluekkk" - sambil watak tu mengejek.

Bila lawan nak habis?!

                                                               +++++++++++++++++++

Aku skip komik ni. Sungguh cilake. Tanganku menyelak bahagian artis pulak.. Hm takde apa yang menarik. Aku selak pulak ruang berkenalan. Feveret ni. Ruang berkenalan macam kita tahu ada nama, alamat, hobi, feveret artis bagai semua. Tapi sangat rare kalau ada yang tinggalkan nombo.. Kot la ada aweks tinggalkan nombo. Boleh lah buat stock sms bila boring malam kang. Tengah cari nombor tu tetiba aku terperasan 1 hobi yang pelik.. Hampir semua yang ada dalam ruang berkenalan tu mempunyai hobi yang sama!

Hobi : Dengar radio, chatting, facebooking, berkenalan

Hobi berkenalan eh.. Hm macam mana tu? Tengah berjalan kat kaki lima, jumpa orang terus berkenalannn.. Jumpa orang kat toilet, terus berkenalannn... Tengah bayar barang kat kaunter, kalau tak kenal cashier tu terus berkenalannn.. Pendek kata asal jumpa orang je, terus berkenalannn.. Pelik sungguh.

Ini macam punya hobi, lu orang tak pernah kena bambu dengan kasut ke? - dalam hati.

Terus aku campak majalah, on lappy terus aku taip ini entri.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...