Perempuan, makeup dan kapel

on 10 April 2011


























Bagi aku perempuan dengan makeup memang tak dapat dipisahkan. Aku kata macam tu sebab kurang-kurang compact powder mesti ada dalam handbag diaorang. Alah, bedak siap dengan cermin tu.. Kan kan? Memang tak boleh nak berpisah sekejap..Kalau aku silap sila betulkan.

Dari apa yang aku perhati, kalau dapat awek atau isteri macam ni sepatutnya kena bersyukur.. Pasal perempuan jenis ni memang nak jaga hati pasangan. Dia makeup lama-lama untuk dapat hasil yang cantik sebab nak pasangan dia bangga dapat awek atau isteri yang pandai berhias. Walaupun diaorang dianugerahkan kecantikkan asli, tetap jugak nak bermakeup.

Diaorang cuba menjadi se-perfect yang boleh untuk pasangan dia. Dari segi luaran la..

Selain tu diaorang nakkan antettion dan mungkin pujian dari pasangan. Bab ni aku rasa ramai teruna yang tak perasan atau mungkin tak perasan sebab.. dah takda teruna lagi kot? Gurau! Bila dia dah settle makeup cuba hang puji skit dia. Confirm dia tersengih sampai ke telinga. Actually bukan apa, dia cuma nak menghangatkan lagi rasa cinta tu.

Percaya tak cakap aku, 99.99% lelaki memang mata liar?

Member aku mus pernah kena. Tengah date dia boleh pergi tengok awek lain. Dah tu tengok atas bawah tak reti cover. Tak pasal-pasal kena simbah dengan air dek awek beliau. Tapi nak buat macam mana? Kalau ada something yang kontra di sebalik harmoni, mesti kita akan pandang yang kontra tu. Betul tak?

Jadi tu pasallah depa ni sibuk bermake-up. Tak nak mata liar pasangan dok menjeling 'view' lain.


                                                             +++++++++++++++++


Apa pasal tetiba aku membebel pasal makeup ni? Haha bukan apa.. Aku dengar banyak keluhan dari teruna-teruna yang perempuan ni kalau bersiap punyalah lama. Kiranya entri ni aku punya respon pasal keluhan tu. Depa bukan sengaja lambat siap.. Tapi nak teruna bangga dapat pasangan macam depa dan taknak mata teruna beralih ke pemandangan lain. Jadi janganlah mengeluh ye..
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...