Cekik darah!

on 09 April 2011

Habis je kerja tadi, aku dilanda dilema sama ada nak melepakkan diri kat mapley atau balik rumah terus.. Tapi kalau terus balik rumah boring tak tahu nak buat apa. Silap-silap kang nampak je bantal kat rumah confirm aku membongkang (tido). Pembaziran masa dah berlaku kat situ..

Jadi aku ambik keputusan lepak mapley. Lagipun dah lama tak pekena tosai.. Feveret ni. Terkadang sampai 3 layer aku lenjan.. Dan nak nampak macam orang kaya, sambil-sambil makan tu, aku online sekali..

Settle je makan online semua aku panggil bos tu kira. Bila dia kata je semua sekali 6 hinggit, terkejut beruk aku.. Aku tak tahu la kalau kat mapley luar sana tosai dengan neskopi ais dia berapa tapi kalau kat tempat aku ni tosai rm1.20, neskopi ais rm1.80.

"Eh awat mahal sangat ni?"

"U guna plug sana cas u punya laptop, saya kasi kira sekali laa!"

Perghh macam cilake tak? Dia charge lagi 3 hinggit walhal aku guna plug dia tak sampai sejam pun!

Haihh... Kalau deal dengan orang business minded ni, macam nilah jadinya.. Yang sedihnya, yang seagama dengan kita pun ada yang macam tu! Dalam kepala hotak dia, maksima keuntungan, minimumkan kerugian tak kirala apa cara sekalipun. Asal ada je lubang untuk dapat duit, sapu! Halal haram, orang sakit hati ke tak, belakang kira! Adui cubalah common sense sikit.. Duit banyak-banyak bukan bawak masuk kubur pun.. Hish tak paham aku..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...