Apsal blog kau berat, lambat load?

on 27 April 2011

Blogger baru biasanya akan design blog dia tanpa batasan. Sampai berat, lambat load blog tu. Kadar keberatan, dan kepantasan loading blog ni penting tahu? Kalau ambil ringan pasal ni, blog kau belum habis loading lagi pembaca dah tekan pangkah kat browser tu. Siapa rugi sini? Kaulah.

Sebelum tu check dulu saiz blog kau kat iwebtool. Lepas tu pilih tool website speed test. Kalau saiz lebih 150kb, teruskan baca entri ni.

Sebab blog kau berat, lambat load :

1. Header bersaiz besar

Tang header ni, yang buat lambat load bila saiz header tu besar sangat. Pulak tu combine dengan gambar yang sharp gila. Gambar yang sharp untuk header memang bagus tapi kecikkanlah saiz dia. Dalam 100-150 Kb dah ok dah.

2. Pakai template 2 sidebar 

Jejakaterhangat.com

Template 2 sidebar ni memang lambat sikit load tapi kira ok lagi lah kalau kau tak letak banyak-banyak widget atau gambar kat sidebar tu. Tapi kalau melambak widget dengan gambar kat sidebar tu memang berat jadinya. Seeloknya, pakai 1 sidebar.

3. Widget bersepah

Tak kiralah widget lagu, welcome to my blog, salji turun atau daun kering jatuh, memang melembapkan loading blog. Kena pulak kalau sistem komputer/lappy blogger tu cikai-cikai je, silap-silap web browser crash, komputer/lappy hang. Tak perlu letak widget banyak-banyak.. Kalau nak letak jugak, widget online counter je memadai.

4. Gambar bersepah

Apa akan jadi bila gambar bersaiz besar dan lambakan widget digabung bersama? Tahu pun kau. Bertambah lembap load blog kau. Nak letak boleh, blog kau suka hati kau lah kan tapi kurangkan. Letak 1,2 gambar cukup dah. Trafik datang nak baca entri, bukan nak tengok gambar kau.

5. Number of posts on main page 

Berapa entri kau set kat main page? Lebih dari 5? Kalau bilangan entri terlalu banyak kat main page ditambah dengan gambar kat setiap entri, pastu kau tak guna read more, pun akan melembapkan load blog. Setkan 3 entri kat main page dah cukup.

                                                                 +++++++++++++++++

Lepas kau dah adjust balik semua tu, cuba view balik blog kau. Ada perubahan tak?
Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Khairul Asrol said...

nice sharing bro!


24 February, 2013

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...