Ben ashaari kenang masa sekolah!!

on 26 April 2011


Sila cerita kenangan anda di zaman persekolahan :

Kenangan manis tu takde sangat. Aku pendiam kat sekolah dulu. Nak kata budak nerd pun iya jugak. Tapi nerd yang nakal.. Sebab selalu ponteng sekolah.

Yang aku nak cerita kat sini, aktiviti masa ponteng sekolah tu. Ponteng ramai-ramai dengan motif pergi cyber cafe. Masa tu counter strike, halflife, warcraft tengah trend. Aku dengan member2 yang lain ponteng sekolah pasal menatang tu la. Siap ikut jalan shortcut (hutan) supaya cepat sampai ke cc tu. Kalau tak confirm lambat sampai, cc pun penuh. Takde duit, siap jual rokok stock 3 hari punya. Sebatang 80 sen. Dapat jual dalam 5 batang bolehla bantai counter strike 1 jam.

Lagi 1, curi CD dengan kaset lagu. Tapi untuk elakkan kekantoian bila kitaorang merancang strategi kat tempat awam, kitaorang tukar perkataan 'curi' tu ke 'sauk'. So dengan selambanya kitaorang merancang strategi even kat mapley sekalipun tanpa rasa cuak. Hehe.

Pikir-pikir balik, aku rasa tokey kedai tu rugi dekat Rm4k kot.. Memang banyak gila kitaorang sauk. Sekali sauk, 3-4 cd/kaset kitaorang sapu. Aktiviti sauk tu berterusan selama setahun. Korang bayangkanla.. But now dah taubat dah. Tak buat dah kerja-kerja macam tu =D

Jom join kalau kepala kau pening nak update apa. Klik header tuuuu!
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...